Assalamualaikum wr.wb
Hai, salam salam sodaraku….
Hai, salam salam sodaraku….
Gimana puasa hari ini? Lancar lancar saja nggak? Semoga lancar
lancar saja ya.. Amin.
Gimana kalo Sholat Tarawihnya? Sudah ada yang bolong gak? Kalo Enggak ada kabar baik bagi kalian yang mengerjakannya selalu…
Gimana kalo Sholat Tarawihnya? Sudah ada yang bolong gak? Kalo Enggak ada kabar baik bagi kalian yang mengerjakannya selalu…
Mari Kita Simak Artikel berikut :
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah
S.A.W., sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat
(kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang
terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami
meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa
engkau.
Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang
yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang
sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala
Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),
serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya
kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa
daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi,
berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah
telah ridha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam
Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang
mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada
nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah
bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah karuniakan kepada orang berterawih pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah karuniakan orang yang berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala
1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala
1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kautshar.”
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kautshar.”
No comments:
Post a Comment